27 Oct 2011

"Pusat pengajian tinggi yang menawarkan kursus teater semakin banyak. Tapi ke mana mereka akhirnya"


“Usah tanya apa yang jadi pada mereka selepas habis belajar tetapi tanya adakah mereka mencari peluang sendiri untuk terus menabur bakti dalam industri teater tempatan? Atau ramai yang hanya menunggu peluang sahaja.

“Masalah-masalah ini yang sering berlaku di awal permulaan mereka. Orang teater kena cinta pada bidang ini. Masyarakat kena tonton apa yang dihidangkan. Kalau ini berlaku tidak mustahil dapat menaikkan semula industri ini."

(Fasyali Fadzly, Utusan Malaysia Online 18 September 2011)

  Among all of the shows or plays I've watched within these 3 months or so, I would like to highlight TWO, namely Teater Juta-juta and The Secret Life of Nora (Musical Extravaganza). The first one, was written and directed by my senior coursemate and friend, Fasyali Fadzly. Teater Juta-juta (TJJ) is his latest work. Known for applying "minimal" usage of set and props, Fasyali chose three brilliant young actors for this play; Aloy Paradoks, Fazleena Hishamuddin and Anas Ridzuan. I, myself, have been a fan of Fazleena and Aloy's style of acting and I must give standing ovation to the new kid on the block, Anas. 3 actors playing 12 different characters, now, tell me, is that easy? The lines were just brilliant, sharp and I bet many people who came to watch "rasa terpukul". Saya pun rasa tersindir sebagai seorang aktivis teater yang masih lagi bertatih. The set and props, although very minimal,  they were multi-purpose. The actors were smart enough to make use of the limited props on the stage.

  The main issue in this play is that the current theatre scene in Malaysia is actually below the par, despite the fact the National Theatre (Istana Budaya) seems to be the buzzing hub for stage musicals. The local audience kind of being "shoved-up" with pathetic musicals every now and then. Celebrities are lured to the stage to perform these musicals, leaving no visible space for pure theatre practitioners, almost that is. Graduates from various universities and colleges, conservatories (wait, we only have one, right? ASWARA?) that offer performing arts courses, are left with less choices; what to do with their scrolls upon finishing their studies? Many tend to end up working with the government, especially for the Ministry of Information, Communication and Culture (pardon me, I am not sure of the new name for this ministry). Some end up as school teachers, or working for production houses (films). Only a few are lucky enough to be in limelight and gain stardom. Yes, the ones with the looks. Nevertheless the TV world in Malaysia so far is dominated by "beautiful people". Beauty queens, metrosexual models et cetera et cetera. OKAY! Saya terpesong  sedikit. Maafkan saya. The point  is, it seems useless to produce arts majors if the industry operates like a "ghost town", visible but empty.

  Fasyali, I believe, has been spending a lot of time witnessing all these for as long as he's involved in this arena. He personally told the audience that this play is a product of what he felt all this while. What really amazed me was that he cynically replaced the name "Istana Budaya" (National Theatre) with KERATON SENI (in Javanese dialect, it means The Palace of Arts).

Now, back to the much talked musical extravaganza in town, The Secret Life of Nora, I have to say from  the first day of its staging at Istana Budaya, the play managed to attract more crowds than the fish market. Ooopss! Forgive me for my harsh words, my lady. The musical produced by your company failed to amend our theatre scene in this small nation. Why? Let me check my notes. First  of all, do you think by hiring a British director would simply help to boost the country's economy? Cut your budget? Well, we all know that your beloved significant other is capable to fund the whole  thing there. A Westend director. And a Broadway actor, the Canadian-born Ryan Silverman who recently got small parts in teen flick Gossip Girl and the blockbuster Sex and the City sequel. Marketing  strategy and publicity stint eh? Broadway and Westend, the two GIGANTIC names that are able to leave the local stage musical enthusiasts in awe.

However I shall spare some good words for you here, my lady. I was quite impressed with the set. Suggestive, I must  say. Colourful, eye-catching! Compliment goes to the technicality. Yes, a spectacle indeed. However...my two hours were vainly wasted! Why? Even a kindergarten child can tell; there was no storyline, my lady! It was like watching Hiburan Minggu Ini. Nampak sangat tuan pengarah terlalu berusaha untuk meng"highlight" kan anda dengan secara keterlaluan. Nasib baik artis atau selebriti komersil seperti Adibah Noor (I ADORE HER, am not a stalker by the way!), Tony Eusoff and Aznil Hj. Nawawi memainkan peranan mereka di atas pentas dengan agak bijak. These trio, in my point of view, are the "saviours" on the stage. When I looked back at the Twitter wallposts, Adibah had more compliments than Tiara. Ryan Silverman sang as if he was acting for an OPERA, not a modern stage musical!


Apapun, bak kata sahabat saya Adlan Ramly, the staging of TSLON (malas nak type tajuk penuh, yes, that's the acronym for the musical for Hell's Kitchen sake!) is THE SADDEST DAY, in the life of Malaysian theatre scene. I quote Adlan (not exact words, tapi lebih kurang):

"Nampak ketara yang dalam TSLON ni, SEX DOES SELL!"

Saya agak yang dia terasa "insulted" dan "disturbed" masa babak watak Nora mula jadi perisik, ada pulak penari-penari (ensemble) menari gaya pole dancing kat platform. I, on the other hand, was like "OK, how can I relate Nora being a spy and a group of female dancers doing raunchy movements in the backgound? Apa simboliknya?" Adakah satu pengembaraan seorang perisik itu akan menaikkan rasa ghairah yang semacam di kalangan  audiens atau bagaimana?" Please do enlighten me on that part.


Jika dilihat balik cara pemasaran publisiti kedua-dua pementasan ini, TSLON menang sebab promosinya bagai nak rak termasuk video klip melalui televisyen dan juga laman Youtube. Penaja TSLON juga selain daripada penaja persendiriannya, juga gah (ASTRO, MIG, Tayangan Unggul dan sebagainya)! Jutaan DOLLAR ya modal projek ini. TJJ memang nampak low budget, tempat pementasan juga tidak se-GAH Keraton Seni kita. Hanya Stor Teater DBP yang kecil itu.


Tetapi, jika saya persoalkan balik IMPAK yang saya dapat daripada kedua karya ini, memang TJJ yang menang. I am not being BIASED, just because TJJ tu terdiri daripada kawan-kawan saya sendiri. Bagi saya ENFINITI milik Datin Seri Tiara Jacquelina itu, produk yang paling memberi kesan dalam sejarah teater muzikal tanahair adalah Muzikal Puteri Gunung Ledang. Itu saya  tak nafikan.

(Urut dada dan tutup mulut sejenak)

I'm lost. Unsure of the future of this field that I've been fighting for. If our KERATON SENI keeps on giving ways to mainly musicals in days to come, I bet Malaysians will continue to think that musical theatre is actually THEATRE! I bet that is how they will define THEATRE to the next generation.


P/S: Saya teringat balik filem Puteri Gunung Ledang dahulu, yang juga dibintangi oleh Datin Seri sendiri. Filem yang menjadi lawan pada masa itu kalau saya tidak silap, adalah filem Sepet arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad (God bless her soul, I miss your magical works, dear Storyteller). Rasanya filem Sepet mendapat ulasan yang jauh lebih baik daripada filem PGL yang menelan belanja jutaan ringgit. Terpulanglah pada anda untuk menilai, I have my own stance as well.



WE NEED MORE COMING OF AGE PLAYS LIKE THIS


SADLY, THIS ONE IS JUST ANOTHER FAILURE. PGLTM was WAY MUCH BETTER!

26 Oct 2011

Empty Nest Syndrome

Aku sedang menonton TV. Program? Wanita Hari Ini. Kelas kan? Topik utama hari ni Sindrom Sarang Kosong. Mula-mula aku hairan, ada pulak sindrom penyakit yang melibatkan sarang atau sangkar burung.Bila aku dengar balik, baru aku faham. Sindrom ini adalah kebiasaan di kebanyakan institusi kekeluargaan di mnana-mana sahaja. Aku rasa ianya ada kaitan dengan keluarga aku juga. Ini adalah satu keadaan di mana ibu bapa mengalami satu fasa dalam hidup; merasa sunyi dan 'kehilangan' anak-anak setelah mereka dewasa. Masa cuti hari tu, masa aku balik ke kampung halaman aku, aku lepak dengan bapak aku. Dalam keriuhan kami berdua bergossip tentang perihal dunia, tiba-tiba bapak aku cakap macam ni,"Boringlah korang semua tak ada kat rumah ni." Aku terdiam. Sah, salah seorang orang tuaku penghidap sindrom sangkar burung kosong ni.


P/S: Aku rindu rumah kat kampung!!! Aku sakit sindrom sangkar sendiri kah? Tolong!!

Yang mana satu pilihan aku? Kecik atau Besar?


ATAU


Ulasan penuh masih dalam peringkat "draf" lagi. Tak mahir bab memberi pendapat tapi saya akan cuba juga.

Disney Girls Revisited!

Aku ni boleh dikatakan peminat Disney. Dari mula mengenali kotak hitam bernama televisyen, aku kenal Mickey Mouse, Donald Duck, Goofy dan rakan-rakan mereka yang lain. Aku juga "kipas berani mati" filem-filem animasi terbitan Disney; Snow White, The Sleeping Beauty, Cinderella sehinggalah Lilo and Stitch. Sememangnya aku masih lagi seorang kanak-kanak jauh di dalam hati aku. Cewah!
Tanggal 26 Oktober 2011, aku terjumpa satu artikel dari laman sesawang  Yahoo mengenai sekumpulan artis (yakni pelukis atau animator) cuba "membina" balik watak-watak wanita utama filem-filem terbitannya. Hasil lukisan mereka amat mengagumkan. Jadi aku tak nak cakap banyak, aku nak kongsi hasil kreativiti para pelukis berbakat besar ini. (Senyum)!










22 Aug 2011

Get down,get down and move it all around!


Mula-mula awal tahun 2011, Ben Ali lari dari Tunisia, lepas tu Ali Abdullah Saleh pun rancak berkonflik dengan Yemen.SettleYemen, rakyat Mesir pun bangkit gulingkan Mubarak sampai terlantar atas katil orang tua tu. Tanggal 22 Ogos 2011,dunia menjadi saksi warga Tripoli bersatu menggulingkan seorang lagi pemerintah kuku besi, kawan baik Ben Ali, anak Pak Saleh dan si Mubarak,the ever gay-like dressed, Muammar Gaddafi. 4 dekad pegang kuasa akhirnya,ditamatkan tanpa rela.


4 dah jatuh,yang gambar bawah ni bila lagi lah nak turun takhta?



Yang si tembam rambut putih yang seorang lagi, pun tak lama lagi akan dapat mimpi seram terbaik!


Mongolia is still not done with YOU, France coming up!


SMILE OLD CHAPS!


20 Aug 2011

Cuba teka? Boleh?

Apa yang korang boleh ceritakan daripada ilustrasi ini? Cuba ceritakan, boleh? Selamat mencuba!

2 Aug 2011

Nun - Alif - Jim - Ya - Ba (Aku geram tak terhingga)

Okay aku tak reti baca tulisan Jawi. Aku nak sebut nama dia, aku dapat rasa marah tu dah menggeledak dari dalam. Kenapa aku marah sangat ni? Dengar nama dia dan pasangan dia pun mampu buat aku baling selipar terkena pada dua ekor cicak yang sedang bergosip tentang lalat punyai skill mengelak terbaru. Serius aku tak boleh dengar apatah lagi mahu mengeja nama dia. Serius.
Yang aku marah ni kenapa? Adalah sebab aku marah sampai tahap macam ni. Semalam aku beli newspaper sebelum aku balik rumah. Belek punya belek, ternampak satu kolum kecil kat bahagian hal ehwal negara atau nama malasnya tempatan.
Tangan aku menggeletar, newspaper tu hampir hancur aku kerjakan. Mata aku tak ada lah sampai merah. Cuba bayangkan saja. Tahu tak aku terbaca pasal apa?
Si NunAlifJimYaBa bedah kepala lutut!
KEPALA LUTUT saja kot!!
Itu pun nak masuk newspaper kah??

Fio Kab kalau mengamuk macam panda lapar. Jangan main-main!

1 Aug 2011

Mak and Apak, I thank you and I'm sorry too

Buat Mak and Apak, anak mu ni tadi baru sambut ulang tahun yang kalian sudah sedia kala tahu ke berapa. Gembira itu semestinya, sebak, pilu itu ada juga, anakmu ini di perantauan walau bukan di negeri atas angin. Negeri lembah saja. Anak mu ni tak pandai nak susun ayat yang puitis kerana anak mu ni kurang bijak seperti anak-anak lain.
Anak mu ini juga ingin minta ampun kerana di kala usia menghampiri dekad ketiga, belum berupaya untuk memberi kesenangan yang sepatutnya, seperti anak-anak lain yang sebaya dengan anak mu ini. Sedih kan, dapat anak macam anak mu ini? Anak mu ini minta ampun tapi anak mu ini masih berusaha untuk memperjuangkan segalanya demi membalas jasa kalian melahirkan serta mendidik anak mu ini.
Selama ini kita bertiga ketawa, menangis, bertelagah..Tapi satu kalian wajib tahu, anakmu ini sangat menyayangi kalian cuma anak mu ini kurang arif bab menyatakan perasaan sayang. Hati kering lah katakan. Anak mu ini mengaku, jauh dalam hati, anak mu ini bangga menjadi waris kalian. Darah daging kalian. Hasil cinta sayang kalian. 
Anak mu ini tak berupaya berjanji untuk menjadi sempurna tetapi seperti mana pesan Apak dulu, anak mu ini akan menjauhkan diri dari segala anasir yang mampu merobek masa depan dan maruah keluarga.
Anak mu ini nak ucap terima kasih kerana melahirkan anak mu ke dunia ini.
Anak mu ini tak tau apa yang diucapkan lagi tapi akan selalu meminta ampun kerana anak mu ini kurang sempurna.

Terima kasih Mak dan Apak.

Insan yang kalian namakan dengan penuh kasih dan doa restu kalian,

F.A.Kab

Day One August, Day One Ramadhan

Tarikh hari ni dalam kalendar Gregorian dan kalendar Hijrah seiring. Satu sama Satu. Sejarah! Tak pasti kalau ianya pernah berlaku masa aku kecik dulu. Hari ni aku duduk dengan kawan-kawan "team" pengkaji untuk sebuah projek filem seorang pembikin filem tempatan yang bakal 'shooting' hujung tahun ni. Hari ni aku menikmati detik-detik akhir aku memegang angka 27 (selalunya aku akan berkata usia sebenar aku adalah 17 tahun, sebahagian cara untuk memotivasikan diri untuk 'stay young at heart'). Esok, dalam jam 10.34pagi, rasmi umur aku bertukar angka ke 28. 28? Wow! Nombor kegemaran. 28 juga menandakan tarikh hari mak aku beranakkan aku. Aku dilahirkan pada hari ke-2 dalam bulan ke-8.
Aku takda mood nak celebrate, dah tua-tua tengahari macam ni, tak rock sangat lah nak tiup lilin or kena mandi air campuran tepung gandum, sos cili dan telur mentah. Aku cuma berdoa agar Yang Kat Atas tu bagi aku peluang untuk bangun pagi esok dengan jayanya. Itu lah 'birthday present' yang paling best sebenarnya. Kalau mati mengejut nanti, (kalau betul la jadi hantu haha macam Casper), sedih tak berlagu dengar lagu hari jadi.
Hari ni nak kata aku join puasa tu, tak jugak lah...aku ada makan roti and minum air jus dalam pukul 12.30 tadi sebelum ke kelas di Setia Alam. Aku hormat kawan-kawan aku yang beragama Islam yang sama-sama duduk buat kerja dalam ofis sekarang ni. Aku bab puasa, makan boleh tahan...air saja lah masalah nya haha!
OK lah. Opening bulan Ogos serta Ramadhan tahun ni tak banyak sangat kisahnya. Nanti-nanti sajalah aku sambung cerita aku ya.


Selamat Berpuasa dan Selamat Minggu Persahabatan. 
I love AUGUST!

29 Jul 2011

My name is Maria and I'm a Pinoy.

Masa aku tengah leka drive kereta tadi, aku khusyuk pulak dengar iklan serbuk pencuci jenama Daia. Perbualan antara seorang suri rumah tempatan dan pembantu rumahnya yang bernama Maria. Loghat Maria sah-sah Filipina yang agak pekat.
Aku terfikir, kalau sebut wanita Filipina, gerenti selalu jumpa yang bernama Maria. Aku fikir balik, kalau Malaysia, selalu dapat perempuan bernama Wati, Yati, Ida dan Ina. Indonesia pulak, mesti akan dapat jumpa Yanti, Sari, Dewi, Rikka Sumanto (hah?). Kalau Sepanyol, Rosamaria, Corazon, Maria jugak, Rosalinda, Paloma..Jepun pulak Aiko, Ayumi, Reiko, Kiko Kiki Lala segala...
Aku nak jawab apa pulak dengan nama aku ni?
 Susah sangat, aku jawab:






Aku ni United Nations sikit.









28 Jul 2011

Makan macam orang Jerman

Kawanku yang bernama Azim Sharim telah berjasa besar dalam bab mematahkan semangat aku untuk mengurangkan tabiat makan berlebihan. Kenapa aku cakap macam tu? Dia telah memperkenalkan restoran German Deli kepada aku dan beberapa orang sahabat kami. Pertama kali aku menjejakkan kaki di restoran ini, sebulan yang lalu, tidak akan pernah aku lupa saat pertama kali aku berdepan dengan burger yang diberi nama Megaton 500g. Sungguh ku tak percaya. Aku makan macam orang Jerman, kononnya!

German Deli punya signboard.


Inilah dia restoran German Deli di Ampang. Azim kata ini adalah HQ restoran ini. Cawangan lain ada di Ara Damansara dan Putrajaya.


Yang digambarkan sedang melantak burger dengan rakusnya adalah pemilik serta pengasas restoran German Deli yang bernama Mohd Nazrin @ Ludwig Gaisbauer, seorang muallaf berbangsa Jerman yang telah bermastautin di Malaysia. Azim kata yang paling hujung atau belakang mamat yang tampak sedikit kerdil itu adalah anaknya. Melihat rupa mereka berdua membuatkan aku musykil sedikit.


Inilah dia keistimewaan German Deli, burger Megaton. Tak percaya kah kalau aku cakap saiznya lebih besar daripada tapak tangan aku? Baik. Tak apa.


Jadi, bagaimana? Sudah percayakah anda?

Jadi, kalau ada masa, cubalah anda makan macam orang Jerman ya.






27 Jul 2011

Amy Winehouse - Tears Dry On Their Own

Sekali Lagi

Bukan. Ini bukan pasal aku nak cerita pasal filem Sekali Lagi. Ini pasal aku buat blog SEKALI LAGI. Apa dah jadi dengan blog aku yang satu lagi? Ada lagi. Hidup lagi. Cuma kalau aku rasa nak gedik-gedik aku conteng la kat situ, buat masa ni aku bagi blog yang satu lagi tu "rehat".
Kenapa aku gatal tangan nak buat blog baru ni aku sendiri tak pasti. Gatal tangan la katakan. Blog ini lahir ketika penyanyi pop British Amy Winehouse selamat dikebumikan dan aku masih lagi dalam suasana pilu pemergian pembikin filem kegemaran aku, Allahyarhamah Hajjah Yasmin binti Ahmad. 2 tahun dah dunia filem tanahair ni suram tanpa kehadirannya. Nanti aku post lagi. Sebagai manusia jahil bernama Fio Kab ni, banyak aku nak cerita. Tapi....biarlah tapi tu disambungkan nanti ya. Salam Aman Damai wahai Warga Planet Ketiga dari Matahari!