16 Jan 2012

New Year but not entirely new stuff

OK, my last post was in October twenty eleven. And I told some of my friends that I owed some posts on commenting or reviewing their plays and et cetera. Tapi kalau dah berbulan-bulan, kalau dah berkulat memang tidak keluar lagi lah kan? Anyways, it's been over two weeks after Gregorian New Year, so Happy New Year all! Masa aku menulis post ini, aku masih menunggu flight nak balik ke Kuala Lumpur yang indah permai. Erghh!! Sungguh tidak lah, tetapi apa kan dayaku, itu juga tempat aku korek ilmu dan mencari rezeki. Bertahan dan berhati kering, bak kata bapak aku. I spent five days in the Jewel of Kedah, Langkawi Island. First time aku datang ke pulau lagenda ini. Sepuluh tahun aku menetap di bumi Malaysia Barat, baru sekarang aku berpeluang nak jelajah ke sini dan ke sana.
New year but tak ada yang baru sangat lah. Negara aku makin "sakit", itu sahaja yang aku boleh katakan di sini. Tahun baru digemparkan dengan berita sekumpulan penuntut IPTA membuat demonstrasi. Mereka dipersalahkan, katanya sibuk nak tunjuk perasaan, masa depan digadaikan. Aku seperti biasa hanya mampu jadi pemerhati "invisible". Bagi aku, mereka tidak akan "gila" begitu sahaja. Pokok balak tu takkan tumbang kalau orang tak kapakkan. Minta ampun, malas nak guna perumpamaan pokok kelapa, cliche.
Tahun lepas juga adalah tahun aku bergusti dengan bala, tetapi aku seperti belia-belia tadi, aku takkan jadi "gila" macam tu sahaja. One clue: GILA KUASA.
I'll stop here for now, getting ready to board the plane. Back to hell. Bye.