Google+ Followers

12 Feb 2012

I'm a Leo, so be careful!

Macam sial saja mood aku hari ni. Minta maaf, aku terpaksa luah kat sini, memang tak wajar pun, tapi blog aku, so suka hati aku lah kan? Aku bangun pagi-pagi, just to find out one of my favorite singers, Whitney Houston, ditemui mati kat Beverly Hills sana. Terkejut. Penat aku menahan stress akibat pergelutan verbal antara manusia antarabangsa kat studio belum hilang lagi. Aku sememangnya lemah dalam bab kendali tenaga yang amat negatif. Terlalu banyak boleh menyebabkan semangat aku yang sama tahapnya dengan lapan ekor singa betina muda, jatuh seperti seekor mammoth yang gah diburu oleh sekumpulan manusia purba. Aku amat benci dengan perkara macam ni. Aku ingatkan aku boleh lari kejap dari dunia varsity, malangnya kat studio bau hapak ni, sama juga rentaknya. I must be out of my mind, seriously!! I've been telling myself, takpa Fio, sabar, buat demi portfolio kau. Teruskan saja. Tak lama lagi. Tapi tembok sabar aku ranap jugak.

10 Feb 2012

Contengan Ketika Bosan 3: Tok Abah Kata

Tok Abah kata,
Duit upah parut kelapa
Jangan dibuat judi durjana
"Itu rezeki," katanya.

Tok Abah kata,
Kalau makan, jangan gaduh
Nanti muka makin hodoh!
Depan rezeki tak elok bercakar,
"Kau jangan ingat benda ni kelakar!"
Tok Abah marah benar
Ketika aku tersenyum lebar.

Tok Abah kata,
Kalau dia dah tak ada,
"Usahlah kau bersuka ria,
gambarku kat dinding, pandang saja matanya."
Aku terpana, tanya ku,"Kenapa?"
Tok Abah hanya senyum, macam singa.

Lima tahun Tok Abah dah pergi,
Depan gambarnya aku berdiri,
Ku pandang matanya,tiba-tiba sayu dan sunyi,
Tanpa Tok Abah, aku menyendiri,
Segala kata Tok Abah akan ku pegang
Sampai mati.

Contengan Ketika Bosan 2: Rayuan Kasanova Rookie

Adik sayang,
Ini janji Abang.
Andai laut dan pantai
Terpisah kerana badai,
Sanggup Abang satukan semula.
Adik janganlah berduka.

Adik sayang, 
Ini janji Abang.
Jika langit terbelah dua,
Akan Abang ciptakan semula
walau bercantum awan lara.

Tidak sayang,
Jangan sayang,
Tolong sayang...
Kenapa adik tinggalkan Abang?
Tiada lagi cahaya bulan terang,
Merana lagi hati yang radang.

Abangkah yang bersalah?
Abang bersumpah!
Janganlah Adik marah,
Nanti hodoh macam Kak Limah...


Contengan Ketika Bosan 1: Meroyan Bertiga

Kata kau aku gila
Kau kata aku hina
Dia kata kau pun sama
Aku kata lebih kurang saja

Aku kata kau bodoh
Kau nangis, gila hodoh
Dia gelak bunyi "hoh hoh"
Tak sedar langsung sampai terjatuh

Kau tuding jari kat aku
Aku balas dengan jari hantu
Dia hanya duduk membisu,
Apa dia fikir, Tuhan saja yang tahu

Dia jerit tiba-tiba
Aku tersentap, terbeliak mata
Kau pula terpinga-pinga
Habis? Siapa yang gila?

Kita meroyan bertiga-tiga
Meroyan sakan tak ikut masa
Cuba tanya, salah siapa?


Salah aku, kau atau dia?