Google+ Followers

22 Aug 2011

Get down,get down and move it all around!


Mula-mula awal tahun 2011, Ben Ali lari dari Tunisia, lepas tu Ali Abdullah Saleh pun rancak berkonflik dengan Yemen.SettleYemen, rakyat Mesir pun bangkit gulingkan Mubarak sampai terlantar atas katil orang tua tu. Tanggal 22 Ogos 2011,dunia menjadi saksi warga Tripoli bersatu menggulingkan seorang lagi pemerintah kuku besi, kawan baik Ben Ali, anak Pak Saleh dan si Mubarak,the ever gay-like dressed, Muammar Gaddafi. 4 dekad pegang kuasa akhirnya,ditamatkan tanpa rela.


4 dah jatuh,yang gambar bawah ni bila lagi lah nak turun takhta?



Yang si tembam rambut putih yang seorang lagi, pun tak lama lagi akan dapat mimpi seram terbaik!


Mongolia is still not done with YOU, France coming up!


SMILE OLD CHAPS!


20 Aug 2011

Cuba teka? Boleh?

Apa yang korang boleh ceritakan daripada ilustrasi ini? Cuba ceritakan, boleh? Selamat mencuba!

2 Aug 2011

Nun - Alif - Jim - Ya - Ba (Aku geram tak terhingga)

Okay aku tak reti baca tulisan Jawi. Aku nak sebut nama dia, aku dapat rasa marah tu dah menggeledak dari dalam. Kenapa aku marah sangat ni? Dengar nama dia dan pasangan dia pun mampu buat aku baling selipar terkena pada dua ekor cicak yang sedang bergosip tentang lalat punyai skill mengelak terbaru. Serius aku tak boleh dengar apatah lagi mahu mengeja nama dia. Serius.
Yang aku marah ni kenapa? Adalah sebab aku marah sampai tahap macam ni. Semalam aku beli newspaper sebelum aku balik rumah. Belek punya belek, ternampak satu kolum kecil kat bahagian hal ehwal negara atau nama malasnya tempatan.
Tangan aku menggeletar, newspaper tu hampir hancur aku kerjakan. Mata aku tak ada lah sampai merah. Cuba bayangkan saja. Tahu tak aku terbaca pasal apa?
Si NunAlifJimYaBa bedah kepala lutut!
KEPALA LUTUT saja kot!!
Itu pun nak masuk newspaper kah??

Fio Kab kalau mengamuk macam panda lapar. Jangan main-main!

1 Aug 2011

Mak and Apak, I thank you and I'm sorry too

Buat Mak and Apak, anak mu ni tadi baru sambut ulang tahun yang kalian sudah sedia kala tahu ke berapa. Gembira itu semestinya, sebak, pilu itu ada juga, anakmu ini di perantauan walau bukan di negeri atas angin. Negeri lembah saja. Anak mu ni tak pandai nak susun ayat yang puitis kerana anak mu ni kurang bijak seperti anak-anak lain.
Anak mu ini juga ingin minta ampun kerana di kala usia menghampiri dekad ketiga, belum berupaya untuk memberi kesenangan yang sepatutnya, seperti anak-anak lain yang sebaya dengan anak mu ini. Sedih kan, dapat anak macam anak mu ini? Anak mu ini minta ampun tapi anak mu ini masih berusaha untuk memperjuangkan segalanya demi membalas jasa kalian melahirkan serta mendidik anak mu ini.
Selama ini kita bertiga ketawa, menangis, bertelagah..Tapi satu kalian wajib tahu, anakmu ini sangat menyayangi kalian cuma anak mu ini kurang arif bab menyatakan perasaan sayang. Hati kering lah katakan. Anak mu ini mengaku, jauh dalam hati, anak mu ini bangga menjadi waris kalian. Darah daging kalian. Hasil cinta sayang kalian. 
Anak mu ini tak berupaya berjanji untuk menjadi sempurna tetapi seperti mana pesan Apak dulu, anak mu ini akan menjauhkan diri dari segala anasir yang mampu merobek masa depan dan maruah keluarga.
Anak mu ini nak ucap terima kasih kerana melahirkan anak mu ke dunia ini.
Anak mu ini tak tau apa yang diucapkan lagi tapi akan selalu meminta ampun kerana anak mu ini kurang sempurna.

Terima kasih Mak dan Apak.

Insan yang kalian namakan dengan penuh kasih dan doa restu kalian,

F.A.Kab

Day One August, Day One Ramadhan

Tarikh hari ni dalam kalendar Gregorian dan kalendar Hijrah seiring. Satu sama Satu. Sejarah! Tak pasti kalau ianya pernah berlaku masa aku kecik dulu. Hari ni aku duduk dengan kawan-kawan "team" pengkaji untuk sebuah projek filem seorang pembikin filem tempatan yang bakal 'shooting' hujung tahun ni. Hari ni aku menikmati detik-detik akhir aku memegang angka 27 (selalunya aku akan berkata usia sebenar aku adalah 17 tahun, sebahagian cara untuk memotivasikan diri untuk 'stay young at heart'). Esok, dalam jam 10.34pagi, rasmi umur aku bertukar angka ke 28. 28? Wow! Nombor kegemaran. 28 juga menandakan tarikh hari mak aku beranakkan aku. Aku dilahirkan pada hari ke-2 dalam bulan ke-8.
Aku takda mood nak celebrate, dah tua-tua tengahari macam ni, tak rock sangat lah nak tiup lilin or kena mandi air campuran tepung gandum, sos cili dan telur mentah. Aku cuma berdoa agar Yang Kat Atas tu bagi aku peluang untuk bangun pagi esok dengan jayanya. Itu lah 'birthday present' yang paling best sebenarnya. Kalau mati mengejut nanti, (kalau betul la jadi hantu haha macam Casper), sedih tak berlagu dengar lagu hari jadi.
Hari ni nak kata aku join puasa tu, tak jugak lah...aku ada makan roti and minum air jus dalam pukul 12.30 tadi sebelum ke kelas di Setia Alam. Aku hormat kawan-kawan aku yang beragama Islam yang sama-sama duduk buat kerja dalam ofis sekarang ni. Aku bab puasa, makan boleh tahan...air saja lah masalah nya haha!
OK lah. Opening bulan Ogos serta Ramadhan tahun ni tak banyak sangat kisahnya. Nanti-nanti sajalah aku sambung cerita aku ya.


Selamat Berpuasa dan Selamat Minggu Persahabatan. 
I love AUGUST!