Google+ Followers

29 Jul 2011

My name is Maria and I'm a Pinoy.

Masa aku tengah leka drive kereta tadi, aku khusyuk pulak dengar iklan serbuk pencuci jenama Daia. Perbualan antara seorang suri rumah tempatan dan pembantu rumahnya yang bernama Maria. Loghat Maria sah-sah Filipina yang agak pekat.
Aku terfikir, kalau sebut wanita Filipina, gerenti selalu jumpa yang bernama Maria. Aku fikir balik, kalau Malaysia, selalu dapat perempuan bernama Wati, Yati, Ida dan Ina. Indonesia pulak, mesti akan dapat jumpa Yanti, Sari, Dewi, Rikka Sumanto (hah?). Kalau Sepanyol, Rosamaria, Corazon, Maria jugak, Rosalinda, Paloma..Jepun pulak Aiko, Ayumi, Reiko, Kiko Kiki Lala segala...
Aku nak jawab apa pulak dengan nama aku ni?
 Susah sangat, aku jawab:






Aku ni United Nations sikit.









28 Jul 2011

Makan macam orang Jerman

Kawanku yang bernama Azim Sharim telah berjasa besar dalam bab mematahkan semangat aku untuk mengurangkan tabiat makan berlebihan. Kenapa aku cakap macam tu? Dia telah memperkenalkan restoran German Deli kepada aku dan beberapa orang sahabat kami. Pertama kali aku menjejakkan kaki di restoran ini, sebulan yang lalu, tidak akan pernah aku lupa saat pertama kali aku berdepan dengan burger yang diberi nama Megaton 500g. Sungguh ku tak percaya. Aku makan macam orang Jerman, kononnya!

German Deli punya signboard.


Inilah dia restoran German Deli di Ampang. Azim kata ini adalah HQ restoran ini. Cawangan lain ada di Ara Damansara dan Putrajaya.


Yang digambarkan sedang melantak burger dengan rakusnya adalah pemilik serta pengasas restoran German Deli yang bernama Mohd Nazrin @ Ludwig Gaisbauer, seorang muallaf berbangsa Jerman yang telah bermastautin di Malaysia. Azim kata yang paling hujung atau belakang mamat yang tampak sedikit kerdil itu adalah anaknya. Melihat rupa mereka berdua membuatkan aku musykil sedikit.


Inilah dia keistimewaan German Deli, burger Megaton. Tak percaya kah kalau aku cakap saiznya lebih besar daripada tapak tangan aku? Baik. Tak apa.


Jadi, bagaimana? Sudah percayakah anda?

Jadi, kalau ada masa, cubalah anda makan macam orang Jerman ya.






27 Jul 2011

Amy Winehouse - Tears Dry On Their Own

Sekali Lagi

Bukan. Ini bukan pasal aku nak cerita pasal filem Sekali Lagi. Ini pasal aku buat blog SEKALI LAGI. Apa dah jadi dengan blog aku yang satu lagi? Ada lagi. Hidup lagi. Cuma kalau aku rasa nak gedik-gedik aku conteng la kat situ, buat masa ni aku bagi blog yang satu lagi tu "rehat".
Kenapa aku gatal tangan nak buat blog baru ni aku sendiri tak pasti. Gatal tangan la katakan. Blog ini lahir ketika penyanyi pop British Amy Winehouse selamat dikebumikan dan aku masih lagi dalam suasana pilu pemergian pembikin filem kegemaran aku, Allahyarhamah Hajjah Yasmin binti Ahmad. 2 tahun dah dunia filem tanahair ni suram tanpa kehadirannya. Nanti aku post lagi. Sebagai manusia jahil bernama Fio Kab ni, banyak aku nak cerita. Tapi....biarlah tapi tu disambungkan nanti ya. Salam Aman Damai wahai Warga Planet Ketiga dari Matahari!