Google+ Followers

28 Jul 2011

Makan macam orang Jerman

Kawanku yang bernama Azim Sharim telah berjasa besar dalam bab mematahkan semangat aku untuk mengurangkan tabiat makan berlebihan. Kenapa aku cakap macam tu? Dia telah memperkenalkan restoran German Deli kepada aku dan beberapa orang sahabat kami. Pertama kali aku menjejakkan kaki di restoran ini, sebulan yang lalu, tidak akan pernah aku lupa saat pertama kali aku berdepan dengan burger yang diberi nama Megaton 500g. Sungguh ku tak percaya. Aku makan macam orang Jerman, kononnya!

German Deli punya signboard.


Inilah dia restoran German Deli di Ampang. Azim kata ini adalah HQ restoran ini. Cawangan lain ada di Ara Damansara dan Putrajaya.


Yang digambarkan sedang melantak burger dengan rakusnya adalah pemilik serta pengasas restoran German Deli yang bernama Mohd Nazrin @ Ludwig Gaisbauer, seorang muallaf berbangsa Jerman yang telah bermastautin di Malaysia. Azim kata yang paling hujung atau belakang mamat yang tampak sedikit kerdil itu adalah anaknya. Melihat rupa mereka berdua membuatkan aku musykil sedikit.


Inilah dia keistimewaan German Deli, burger Megaton. Tak percaya kah kalau aku cakap saiznya lebih besar daripada tapak tangan aku? Baik. Tak apa.


Jadi, bagaimana? Sudah percayakah anda?

Jadi, kalau ada masa, cubalah anda makan macam orang Jerman ya.






No comments:

Post a Comment