Google+ Followers

27 Jul 2011

Sekali Lagi

Bukan. Ini bukan pasal aku nak cerita pasal filem Sekali Lagi. Ini pasal aku buat blog SEKALI LAGI. Apa dah jadi dengan blog aku yang satu lagi? Ada lagi. Hidup lagi. Cuma kalau aku rasa nak gedik-gedik aku conteng la kat situ, buat masa ni aku bagi blog yang satu lagi tu "rehat".
Kenapa aku gatal tangan nak buat blog baru ni aku sendiri tak pasti. Gatal tangan la katakan. Blog ini lahir ketika penyanyi pop British Amy Winehouse selamat dikebumikan dan aku masih lagi dalam suasana pilu pemergian pembikin filem kegemaran aku, Allahyarhamah Hajjah Yasmin binti Ahmad. 2 tahun dah dunia filem tanahair ni suram tanpa kehadirannya. Nanti aku post lagi. Sebagai manusia jahil bernama Fio Kab ni, banyak aku nak cerita. Tapi....biarlah tapi tu disambungkan nanti ya. Salam Aman Damai wahai Warga Planet Ketiga dari Matahari!

No comments:

Post a Comment