Okay aku tak reti baca tulisan Jawi. Aku nak sebut nama dia, aku dapat rasa marah tu dah menggeledak dari dalam. Kenapa aku marah sangat ni? Dengar nama dia dan pasangan dia pun mampu buat aku baling selipar terkena pada dua ekor cicak yang sedang bergosip tentang lalat punyai skill mengelak terbaru. Serius aku tak boleh dengar apatah lagi mahu mengeja nama dia. Serius.
Yang aku marah ni kenapa? Adalah sebab aku marah sampai tahap macam ni. Semalam aku beli newspaper sebelum aku balik rumah. Belek punya belek, ternampak satu kolum kecil kat bahagian hal ehwal negara atau nama malasnya tempatan.
Tangan aku menggeletar, newspaper tu hampir hancur aku kerjakan. Mata aku tak ada lah sampai merah. Cuba bayangkan saja. Tahu tak aku terbaca pasal apa?
Si NunAlifJimYaBa bedah kepala lutut!
KEPALA LUTUT saja kot!!
Itu pun nak masuk newspaper kah??
Fio Kab kalau mengamuk macam panda lapar. Jangan main-main!
No comments:
Post a Comment