1 Aug 2011

Day One August, Day One Ramadhan

Tarikh hari ni dalam kalendar Gregorian dan kalendar Hijrah seiring. Satu sama Satu. Sejarah! Tak pasti kalau ianya pernah berlaku masa aku kecik dulu. Hari ni aku duduk dengan kawan-kawan "team" pengkaji untuk sebuah projek filem seorang pembikin filem tempatan yang bakal 'shooting' hujung tahun ni. Hari ni aku menikmati detik-detik akhir aku memegang angka 27 (selalunya aku akan berkata usia sebenar aku adalah 17 tahun, sebahagian cara untuk memotivasikan diri untuk 'stay young at heart'). Esok, dalam jam 10.34pagi, rasmi umur aku bertukar angka ke 28. 28? Wow! Nombor kegemaran. 28 juga menandakan tarikh hari mak aku beranakkan aku. Aku dilahirkan pada hari ke-2 dalam bulan ke-8.
Aku takda mood nak celebrate, dah tua-tua tengahari macam ni, tak rock sangat lah nak tiup lilin or kena mandi air campuran tepung gandum, sos cili dan telur mentah. Aku cuma berdoa agar Yang Kat Atas tu bagi aku peluang untuk bangun pagi esok dengan jayanya. Itu lah 'birthday present' yang paling best sebenarnya. Kalau mati mengejut nanti, (kalau betul la jadi hantu haha macam Casper), sedih tak berlagu dengar lagu hari jadi.
Hari ni nak kata aku join puasa tu, tak jugak lah...aku ada makan roti and minum air jus dalam pukul 12.30 tadi sebelum ke kelas di Setia Alam. Aku hormat kawan-kawan aku yang beragama Islam yang sama-sama duduk buat kerja dalam ofis sekarang ni. Aku bab puasa, makan boleh tahan...air saja lah masalah nya haha!
OK lah. Opening bulan Ogos serta Ramadhan tahun ni tak banyak sangat kisahnya. Nanti-nanti sajalah aku sambung cerita aku ya.


Selamat Berpuasa dan Selamat Minggu Persahabatan. 
I love AUGUST!

No comments:

Post a Comment