Google+ Followers

26 Oct 2011

Disney Girls Revisited!

Aku ni boleh dikatakan peminat Disney. Dari mula mengenali kotak hitam bernama televisyen, aku kenal Mickey Mouse, Donald Duck, Goofy dan rakan-rakan mereka yang lain. Aku juga "kipas berani mati" filem-filem animasi terbitan Disney; Snow White, The Sleeping Beauty, Cinderella sehinggalah Lilo and Stitch. Sememangnya aku masih lagi seorang kanak-kanak jauh di dalam hati aku. Cewah!
Tanggal 26 Oktober 2011, aku terjumpa satu artikel dari laman sesawang  Yahoo mengenai sekumpulan artis (yakni pelukis atau animator) cuba "membina" balik watak-watak wanita utama filem-filem terbitannya. Hasil lukisan mereka amat mengagumkan. Jadi aku tak nak cakap banyak, aku nak kongsi hasil kreativiti para pelukis berbakat besar ini. (Senyum)!










1 comment:

  1. among all,i like Belle the best.muka jasmin ada kedak Kim Kardashian ckit..Pocahontas..hmm..menarik mukanya...Ariel looks super innocent.Mulan..sebijik la muka nya ngan the cartoon character..but semua kacak la dilukis daktok.=D
    Elsie

    ReplyDelete