26 Oct 2011

Empty Nest Syndrome

Aku sedang menonton TV. Program? Wanita Hari Ini. Kelas kan? Topik utama hari ni Sindrom Sarang Kosong. Mula-mula aku hairan, ada pulak sindrom penyakit yang melibatkan sarang atau sangkar burung.Bila aku dengar balik, baru aku faham. Sindrom ini adalah kebiasaan di kebanyakan institusi kekeluargaan di mnana-mana sahaja. Aku rasa ianya ada kaitan dengan keluarga aku juga. Ini adalah satu keadaan di mana ibu bapa mengalami satu fasa dalam hidup; merasa sunyi dan 'kehilangan' anak-anak setelah mereka dewasa. Masa cuti hari tu, masa aku balik ke kampung halaman aku, aku lepak dengan bapak aku. Dalam keriuhan kami berdua bergossip tentang perihal dunia, tiba-tiba bapak aku cakap macam ni,"Boringlah korang semua tak ada kat rumah ni." Aku terdiam. Sah, salah seorang orang tuaku penghidap sindrom sangkar burung kosong ni.


P/S: Aku rindu rumah kat kampung!!! Aku sakit sindrom sangkar sendiri kah? Tolong!!

No comments:

Post a Comment