9 Dec 2012

Erti sebenar seorang PERAN

Peran untuk pengetahuan kitak orang tuan dan puan pembaca adalah sama maksud dengan perkataan PELAKON. Sama juak  dengan PEMERAN. Like THESPIAN same meaning as ACTOR in English language. Kenak tiba-tiba aku maok klaka pasal pelakon tok. Tadik masa baru sampey umah, aku mukak Facebook ku dan *zing* terpandang sigek status update oleh kawan ku Si Sepanyol Hensem bernama Gonzalo Morquecho. Serius nya sangat hensem dan baik hati. Gonzalo adalah seorang aktivis teater dari Sepanyol dan kinek tok menetap di Malaysia selama 2 tahun udah. Tok ditulis nya tek dalam PESBUK nya:



"An important point for actors here in KL, acting is not about being a celebrity, acting is not about being vain and elitist. The most professional and even biggest names (artists and actors) are humble, they work because they love to do it, not to see their face in TV and feed their ego.
There will never be a professional environment in Malaysia if the attitude is not about sharing, learning, be humble and love the work. If you don't agree, just ask people that work out of Malaysia, local people that have studied in the UK or USA.
Self-criticism is necessary."

So, amacam? Paham sik apa dipadahnya? Aku nang respek nya eh. Mula-mula datang Malaysia, ber'sign language' endah nya ngan orang locals. Nang menar lah apa dipadah nya. Pemikiran orang kita sepatutnya perlu dibukak, iboh jak kitak orang terer mukak buah durian ya. 




jadi pelakon sik semestinya...coba diat gambar atas tok...sekian, tengkiyu!




7 Dec 2012

Pekabo smuo?


Update paling utama. Saya masih lagi single....yerdehh!! Sangat AVAILABLE, tapi buat masa tok iboh lah kitak orang ingat aku tok desperate gilak sampey aku tok nulis kedak saja mok advertise dirik dalam blog. Mun kitak orang rajin mukak link atas, silakan, it will kinda give you a much clearer picture of what happened to me few months back. As aku tengah galak menaip tok, demam selsema tengah rancak berdisko dalam badan. Bunyi kahak tek dah kedak enjin motobot rah Sungai Baram nun. Bukan ku saja nak ngeso ku tok jenis ceridak, tapi ku saja nulis sak sik pendek gilak perenggan pertama untuk post kali tok (sebab masa tengah belajar dolok, mentor ku Norzizi Zulkifli @ Kapten Joe Jambul, selalu nganok aku dalam kelas: "Fio, nang biasa ko tok mula dengan perenggan nok pendek-pendek! Tulis baru!"). Bah cukup gik ya. Mula perenggan baru gik.

Sebenarnya aku bok jak quit dari program degree kat uni tempat ku belajar. Rugi? Nang lah mun dipikir dari segi ongkos sidak bapak ku dah belanja. Banyak isu yang jadi punca ku berhenti, paling utama aku masih sik puas hati dengan seseorang di tempat aku belajar. Certain people know who is that person, tapi for you some readers out there, sik payah jak kitak orang gago mok tauk. Biarlah rahsia, bak kata Siti Nurhaliza tek nak. What's my next plan? Apa gik, BALIT MIRI lah! This time for good. Yes, FOR GOOD!! Mun kitak orang nanyak, lekak ya, apa maok dipolah ko di Miri nun? Aku boleh jak jawab," Aku akan start sigek group teater, lain dari yang lain. Giney ya kah? Haaaa...ahli produksinya terdiri daripada sekumpulan orangutan yang sungguh berbakat besar!" Stail sik mun ku sawut soalan kedak ya? (Sorry, sekpat ku muang rasa sinis mun berdepan dengan a group of skeptics tek nak.) For now, aku dah prepare application letter for Sekolah Seni Kuching and about to email Tenby International School di Miri. We'll see how things go after this.

Tulah! Dolok gago madah aku sik maok jadi cikgu sekolah (tegal ku quit program degree TESL di UiTM). Tapi nang menar lah. Mun berkhidmat di sekolah-sekolah pun, biarlah part-time instructors kah. Mun international school, lainlah. Private tek nak. Lain environment gomen ngan swasta tok. Tapi diat lok lah giney rupa gaya lekak tok.

Mun kitak orang dah mukak link kat atas ya tek, let me clarify things again. Months back, ada seorang jejaka tok berkenalan balit ngan aku via FB. Nya kawan lamak sebenarnya. After a month of contacting each other, cut short the story, alu orang ya tek luah feeling nya tek. Eh, lebiu lebiu ya bah! Aku tok tek, dah la 12 tahun "menjanda" mula-mula ya malas juak maok layan feeling nya tek. Tapi nama juak aku tok pompuan, pandey masok jerat ayat-ayat cintun org laki ya tek. So lovey-dovey mushy-wushy stuff went on for months until nya madah nyuruh balit kejap maok jumpa. Ku padah, masa Christmas jak jumpa. "Lambat gilak," sawut nya balit. Bah kompromi punya pasal, aku balit Miri 15 September tok tek. Dua minggu ku sinun, senyap jak orang ya koh. Maka nya juak lalek nyuroh ku sms mun dah sampey Miri. Sampey la suatu hari ya tek, aku klua lepak ngan sorang member ku. Cerita punya cerita..TUUPPP! Kantoi kisah orang laki ya dah ada gerek lain. Bah stail sik ya? I sent him a good-bye text dengan reminder terbaek sekali: Sik hal ko polah aku kedak tok, tapi ingat one day, hukum karma semua orang akan dapat. Thanks for nothing!" Nang useless bastardic casanova! Astagaaaa....mulut! Bah malas ku nak cerita lebih gik, cukup lah kitak orang tauk aku dah "move on" ngan hidup. Tok pun satu lesson for you guys and gals out there. Bercinta tok bukan setakat ko padah "ailebiu" or "lebiutu" (I love you and Love you too, ngek!). To build a relationship is not easy, the journey is not so easy to embark on. Just be careful, ya jak pesan ku.

And as for me, aku tutup lok "hati". Sebab malas ku nak layan jiwang manusia lain. Banyak gik benda yang belum ku explore. I don't mind going on this journey as a single person for, kewajipan pada family blom perfect gik. Hell, I gotta help my family first. Ya la, PSA dalam radio ya lalek tiap-tiap hari melalak: FAMILY FIRST!


Bah, cukup lok takat tok. Ada hari aku nulis gik. I can't wait to go back home. CHRISTMAS is just 2 weeks from now, Mak aku dah lalek masang Christmas tree nun, siap tag aku dalam Facebook. Tujuannya, tugas aku masa dah balit kelak, ngias pokok ya. Sik hal, anak buah ku Ashley dah standby nunggu mok nolong. Ciao and Blessed Advent to all!



P/S: Gambar tok di-upload Mak ku di Facebook tek. Pokok bogel. Yahh! Malu saya!

13 Oct 2012

Bee-Yoo-ELEL-Why...? wadahel?

So, smart enough to read the title of the post above? Tacky! B.U.L.L.Y lah. Saja gedik tulis kedak ya. Why am I writing about this out of sudden? I was browsing through some FB profiles of my friends (not stalking, okay, ya lain dah ya!), I came across a profile of someone I knew when I was a child. Jeng jeng jeng!
Ingin juak ku madah orang ya secret crush ku tek, tapi bukan (the epic evil laugh). Tapi orang ya pernah buli aku dalam kadar yang terlalu kerap sampey aku trauma tahap Himalaya juak. Ingin ku berkhabar pasal giney nya buli aku dolok, tapi bila aku diat rupa nya dah jadi manusia tek nak; dah nikah, ada anak sorang dah. So, sik adil juak mun aku coba maok aibkan nya balit (kadar peratusan 'personal vendetta' dah menurun secara mendadak). All I can say now is that, rasa syukur juak tangga nya dah betul2 jadi manusia.

Manusia. Memang ciptaan Tuhan yang menakjubkan. Manusia kaji perihal manusia.
Manusia punya perihal dikaji oleh manusia.

Buli isu bukan biasa, tetapi ia memang biasa terjadi.

 
Obviously, tok gambar pakey ngias post ku tek nak? Tapi kena ngan topik.
 

20 Jul 2012

Selepas Changlun...

Sampey umah dekat jam satu lebih marek, the short trip to Changlun ada juak merik eye-opening experience tapi nang secara jujur aku madah, sik dapat ku diam area ladang-ladang oi. Best ada jak bergusti dengan nyamuk ngan macam-macam gik. Ya aku tabik dengan student Kolej Pertanian Malaysia, imagine lah sidak nya bangun awal pagi, siram sayur, pokok, merik makan kambin, sapi. Yah! Nang jiwa kental la sidak nya tok. Sigek nak polah ku stress 0.01% sepanjang ku di Changlun, kredit fon ku free2 dipotong oleh line blah Thailand; ney endak koh! Changlun ya nang border Malaysia-Thailand. Aku topup RM10, belum sempat matahari ya cabut nyawa, habis kedak ya jak, maka ku sekda juak polah calls atau SMS siapa2. Baruk ku paham kenak boss ku rela pakey walkie-talkie sepanjang event tok berjalan.
Tapi memang ku tabik hormat student-student sitok. First time in my life aku tangga kedak ney life as student pertanian. Sidaknya sik perlu blaja theory gilak, emphasize more on practicality. Ney ada masa maok pikir teori kedak ney nak menoh kehendak pengguna jutaan orang bilangannya. Bear in mind, iboh tangga sidak nya tok sebelah mata, they're the ones who feed us. No agriculture, then ko nak makan apa? Bateri? Besi? Batu?

18 Jul 2012

Bila Si Kenit diberi HANDPHONE!!

Semalam kecoh kat Facebook, orang dok mengata-ngata tentang tindakan Kementerian Pendidikan membenarkan kanak-kanak sekolah membawa telefon bimbit ke sekolah. OK, bagi saya lah kan, saya takda masalah kalau KPM meletakkan syarat PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH HANYA DIBENARKAN MEMBAWA TELEFON BIMBIT BIASA YANG MURAH, BUKAN SMARTPHONE. OK, itu sudah dinyatakan semalam dalam siaran berita tempatan semalam.
But, allowing kids to bring iPads or Tabs to school? Hmmm...what say you?

17 Jul 2012

Oh my Inggerisssshh!!

Where you go?
Toilet, why?
No lah. You go next time, you wait me first.
I cannot lehh...I wait long-long, it want to come out  oredi lehhh....
I don't friend you la like that.
OK lah, I no rugi oso.
(pause) 
Eh hungry. We go eat.
Eh, you say you no friend me one.
Later after we eat, we no need to friend, you go far-far....

"Silent-silent the potato got some flesh"

....Diam-diam,, ubi berisi katanya..Gadis itu dalam diam dah ada yang intai. Selama ni, dia lah wanita besi (karat), dia lah hati kering, tak mudah tewas pada pujuk rayu kaum Adam. Selama 72 bulan selepas peristiwa dikecewakan oleh salah seorang keturunan nabi pertama dunia itu, gadis itu bertekad untuk "delete" maksud cinta sesama manusia dalam kepala otak dia. 72 bulan yang sebelum 72 bulan yang tadi, dia memutuskan hubungan dengan jejaka hingusan (sebab gadis itu berasa sangat tidak sesuai untuk bercinta hanya kerana gelaran "budak hingusan" turut melekat pada dahinya). Apa nak dihairankan, hubungan bawah tanah selama 7 bulan pastinya tidak ke mana. Kawalan ketat di kubu sendiri mengalahkan tentera Firaun...oh, ampun! Terbawa-bawa pula Sang Penulis.
Gadis diintai Sang Teruna melalui dunia siber. 2 tahun Sang Teruna asyik mengintai di dinding MukaBuku. Dua tahun bersamaan 24 bulan. Padahal Sang Teruna sudah mengenali Gadis semenjak zaman mula membaca huruf-huruf rumi di sekolah. Usia mereka cuma setahun bezanya. Sebumbung (satu sekolah) sehingga masing-masing tamat sekolah menengah. 12 tahun berlalu, masing-masing merantau. Mark Zuckerberg, anak Amerika berbangsa Yahudi mencipta fenomena yang dipanggil MukaBuku (sila terjemah ke Bahasa Inggeris jika rajin). Itulah jasanya, kerana fenomena itu menjadi tali penyambung hubungan Sang Teruna dan Gadis.
Bulan ketiga dalam tahun kedua belas selepas Y2K, Teruna akhirnya bersuara bertanya khabar kepada Gadis. Selang sebulan, dari MukaBuku, Sang Teruna memberanikan diri, menghulur nombor telefon kepada Gadis. Tapi Gadis lebih berani, kerana Gadis lah yang pertama sekali membuat panggilan "hangit" di tengah malam. Bila keduanya sudah bersuara, Teruna bersuara, katanya ingin melamar Gadis, tidak mahu terlepas lagi kali ini. Gadis senyap, kaget. Teruna cuma guna ayat ini: Moga Tuhan buka hati awak buat saya.
Kini, keduanya belum bersua muka, cuma bertukar gambar melalui e-mel.
Kini cuma menunggu masa untuk Gadis kembali ke kampung halaman. Teruna pula tidak sabar menanti kepulangan walau hanya untuk sementara waktu...
Ke manakah lagi arah tuju Teruna dan Gadis selepas ini?

11 Jul 2012

Keeping up with The KAB girl!!

So here I am, after more than 5-month hiatus from blogging. Minggu tok baru jak mula praktikal rah sigek kompeni event management. Sik lah jauh ney, Shah Alam jak lah. Tapi tetap juak syukur, sik payah gago maok redah traffic jam di KL nun, aku geli ada jak nangga keta sitok diembak kedak bumping cars di funfair nun. Patut tek my batch dah mula cuti semester tapi kamek orang stay sebab our turn to go for industrial training. So, what's up with me after the terrible, I mean, wonderful stage play back in March? Those who are very close and dear to me know what's going on with me. Let's keep this thing in view first, shall we? However, my semester wasn't that, shall I say, that cool this time. But I'm struggling to keep myself together. I was sick for a while and currently on healing period; which explains my brief absence from posting stuff on my blog.
Tahun tok nang ramey relatives and friends nok sama my age tukar status from 'single' to 'married'. Mak reminded me "you're not getting any younger any more, young lady". *Sigh* In my mind, I am still the 19-year-old me (evil laugh). By right, I am supposed to end my status as varsity student by end of this year, but I extended my studies and took study leave for almost a year previously. I am keeping my fingers crossed, hoping I'll end my status as a student by next year. Please do pray for me. Meanwhile, I am still figuring and planning things out as I am approaching the end of my scholastic journey. What will I be? A gung-ho actor? A struggling theatre activist? Acting coach perhaps? A teacher? Somebody's underdog? Or a home-maker? A HOME-MAKER? Well, keep in view list eh? *smiling sheepishly here*
By the way, I am very grateful, despite having some difficulties back in school, I managed to get some outside jobs, closely related to my field of study. Hari ya aku dijemput berlakon untuk Imran Yusoff, theatre major from ASWARA, walaupun part aku kecik jak. Then I was called by Dr. Bawany Chinappan from HELP University to perform spontaneous case study acting for family counselling session by the students there. This was my second time and by looking at the success I got from doing this, I do think that I want to do this as part of my future career. We will see.

12 Feb 2012

I'm a Leo, so be careful!

Macam sial saja mood aku hari ni. Minta maaf, aku terpaksa luah kat sini, memang tak wajar pun, tapi blog aku, so suka hati aku lah kan? Aku bangun pagi-pagi, just to find out one of my favorite singers, Whitney Houston, ditemui mati kat Beverly Hills sana. Terkejut. Penat aku menahan stress akibat pergelutan verbal antara manusia antarabangsa kat studio belum hilang lagi. Aku sememangnya lemah dalam bab kendali tenaga yang amat negatif. Terlalu banyak boleh menyebabkan semangat aku yang sama tahapnya dengan lapan ekor singa betina muda, jatuh seperti seekor mammoth yang gah diburu oleh sekumpulan manusia purba. Aku amat benci dengan perkara macam ni. Aku ingatkan aku boleh lari kejap dari dunia varsity, malangnya kat studio bau hapak ni, sama juga rentaknya. I must be out of my mind, seriously!! I've been telling myself, takpa Fio, sabar, buat demi portfolio kau. Teruskan saja. Tak lama lagi. Tapi tembok sabar aku ranap jugak.

10 Feb 2012

Contengan Ketika Bosan 3: Tok Abah Kata

Tok Abah kata,
Duit upah parut kelapa
Jangan dibuat judi durjana
"Itu rezeki," katanya.

Tok Abah kata,
Kalau makan, jangan gaduh
Nanti muka makin hodoh!
Depan rezeki tak elok bercakar,
"Kau jangan ingat benda ni kelakar!"
Tok Abah marah benar
Ketika aku tersenyum lebar.

Tok Abah kata,
Kalau dia dah tak ada,
"Usahlah kau bersuka ria,
gambarku kat dinding, pandang saja matanya."
Aku terpana, tanya ku,"Kenapa?"
Tok Abah hanya senyum, macam singa.

Lima tahun Tok Abah dah pergi,
Depan gambarnya aku berdiri,
Ku pandang matanya,tiba-tiba sayu dan sunyi,
Tanpa Tok Abah, aku menyendiri,
Segala kata Tok Abah akan ku pegang
Sampai mati.

Contengan Ketika Bosan 2: Rayuan Kasanova Rookie

Adik sayang,
Ini janji Abang.
Andai laut dan pantai
Terpisah kerana badai,
Sanggup Abang satukan semula.
Adik janganlah berduka.

Adik sayang, 
Ini janji Abang.
Jika langit terbelah dua,
Akan Abang ciptakan semula
walau bercantum awan lara.

Tidak sayang,
Jangan sayang,
Tolong sayang...
Kenapa adik tinggalkan Abang?
Tiada lagi cahaya bulan terang,
Merana lagi hati yang radang.

Abangkah yang bersalah?
Abang bersumpah!
Janganlah Adik marah,
Nanti hodoh macam Kak Limah...


Contengan Ketika Bosan 1: Meroyan Bertiga

Kata kau aku gila
Kau kata aku hina
Dia kata kau pun sama
Aku kata lebih kurang saja

Aku kata kau bodoh
Kau nangis, gila hodoh
Dia gelak bunyi "hoh hoh"
Tak sedar langsung sampai terjatuh

Kau tuding jari kat aku
Aku balas dengan jari hantu
Dia hanya duduk membisu,
Apa dia fikir, Tuhan saja yang tahu

Dia jerit tiba-tiba
Aku tersentap, terbeliak mata
Kau pula terpinga-pinga
Habis? Siapa yang gila?

Kita meroyan bertiga-tiga
Meroyan sakan tak ikut masa
Cuba tanya, salah siapa?


Salah aku, kau atau dia?

16 Jan 2012

New Year but not entirely new stuff

OK, my last post was in October twenty eleven. And I told some of my friends that I owed some posts on commenting or reviewing their plays and et cetera. Tapi kalau dah berbulan-bulan, kalau dah berkulat memang tidak keluar lagi lah kan? Anyways, it's been over two weeks after Gregorian New Year, so Happy New Year all! Masa aku menulis post ini, aku masih menunggu flight nak balik ke Kuala Lumpur yang indah permai. Erghh!! Sungguh tidak lah, tetapi apa kan dayaku, itu juga tempat aku korek ilmu dan mencari rezeki. Bertahan dan berhati kering, bak kata bapak aku. I spent five days in the Jewel of Kedah, Langkawi Island. First time aku datang ke pulau lagenda ini. Sepuluh tahun aku menetap di bumi Malaysia Barat, baru sekarang aku berpeluang nak jelajah ke sini dan ke sana.
New year but tak ada yang baru sangat lah. Negara aku makin "sakit", itu sahaja yang aku boleh katakan di sini. Tahun baru digemparkan dengan berita sekumpulan penuntut IPTA membuat demonstrasi. Mereka dipersalahkan, katanya sibuk nak tunjuk perasaan, masa depan digadaikan. Aku seperti biasa hanya mampu jadi pemerhati "invisible". Bagi aku, mereka tidak akan "gila" begitu sahaja. Pokok balak tu takkan tumbang kalau orang tak kapakkan. Minta ampun, malas nak guna perumpamaan pokok kelapa, cliche.
Tahun lepas juga adalah tahun aku bergusti dengan bala, tetapi aku seperti belia-belia tadi, aku takkan jadi "gila" macam tu sahaja. One clue: GILA KUASA.
I'll stop here for now, getting ready to board the plane. Back to hell. Bye.