....Diam-diam,, ubi berisi katanya..Gadis itu dalam diam dah ada yang intai. Selama ni, dia lah wanita besi (karat), dia lah hati kering, tak mudah tewas pada pujuk rayu kaum Adam. Selama 72 bulan selepas peristiwa dikecewakan oleh salah seorang keturunan nabi pertama dunia itu, gadis itu bertekad untuk "delete" maksud cinta sesama manusia dalam kepala otak dia. 72 bulan yang sebelum 72 bulan yang tadi, dia memutuskan hubungan dengan jejaka hingusan (sebab gadis itu berasa sangat tidak sesuai untuk bercinta hanya kerana gelaran "budak hingusan" turut melekat pada dahinya). Apa nak dihairankan, hubungan bawah tanah selama 7 bulan pastinya tidak ke mana. Kawalan ketat di kubu sendiri mengalahkan tentera Firaun...oh, ampun! Terbawa-bawa pula Sang Penulis.
Gadis diintai Sang Teruna melalui dunia siber. 2 tahun Sang Teruna asyik mengintai di dinding MukaBuku. Dua tahun bersamaan 24 bulan. Padahal Sang Teruna sudah mengenali Gadis semenjak zaman mula membaca huruf-huruf rumi di sekolah. Usia mereka cuma setahun bezanya. Sebumbung (satu sekolah) sehingga masing-masing tamat sekolah menengah. 12 tahun berlalu, masing-masing merantau. Mark Zuckerberg, anak Amerika berbangsa Yahudi mencipta fenomena yang dipanggil MukaBuku (sila terjemah ke Bahasa Inggeris jika rajin). Itulah jasanya, kerana fenomena itu menjadi tali penyambung hubungan Sang Teruna dan Gadis.
Bulan ketiga dalam tahun kedua belas selepas Y2K, Teruna akhirnya bersuara bertanya khabar kepada Gadis. Selang sebulan, dari MukaBuku, Sang Teruna memberanikan diri, menghulur nombor telefon kepada Gadis. Tapi Gadis lebih berani, kerana Gadis lah yang pertama sekali membuat panggilan "hangit" di tengah malam. Bila keduanya sudah bersuara, Teruna bersuara, katanya ingin melamar Gadis, tidak mahu terlepas lagi kali ini. Gadis senyap, kaget. Teruna cuma guna ayat ini: Moga Tuhan buka hati awak buat saya.
Kini, keduanya belum bersua muka, cuma bertukar gambar melalui e-mel.
Kini cuma menunggu masa untuk Gadis kembali ke kampung halaman. Teruna pula tidak sabar menanti kepulangan walau hanya untuk sementara waktu...
Ke manakah lagi arah tuju Teruna dan Gadis selepas ini?
No comments:
Post a Comment