1 Aug 2011

Mak and Apak, I thank you and I'm sorry too

Buat Mak and Apak, anak mu ni tadi baru sambut ulang tahun yang kalian sudah sedia kala tahu ke berapa. Gembira itu semestinya, sebak, pilu itu ada juga, anakmu ini di perantauan walau bukan di negeri atas angin. Negeri lembah saja. Anak mu ni tak pandai nak susun ayat yang puitis kerana anak mu ni kurang bijak seperti anak-anak lain.
Anak mu ini juga ingin minta ampun kerana di kala usia menghampiri dekad ketiga, belum berupaya untuk memberi kesenangan yang sepatutnya, seperti anak-anak lain yang sebaya dengan anak mu ini. Sedih kan, dapat anak macam anak mu ini? Anak mu ini minta ampun tapi anak mu ini masih berusaha untuk memperjuangkan segalanya demi membalas jasa kalian melahirkan serta mendidik anak mu ini.
Selama ini kita bertiga ketawa, menangis, bertelagah..Tapi satu kalian wajib tahu, anakmu ini sangat menyayangi kalian cuma anak mu ini kurang arif bab menyatakan perasaan sayang. Hati kering lah katakan. Anak mu ini mengaku, jauh dalam hati, anak mu ini bangga menjadi waris kalian. Darah daging kalian. Hasil cinta sayang kalian. 
Anak mu ini tak berupaya berjanji untuk menjadi sempurna tetapi seperti mana pesan Apak dulu, anak mu ini akan menjauhkan diri dari segala anasir yang mampu merobek masa depan dan maruah keluarga.
Anak mu ini nak ucap terima kasih kerana melahirkan anak mu ke dunia ini.
Anak mu ini tak tau apa yang diucapkan lagi tapi akan selalu meminta ampun kerana anak mu ini kurang sempurna.

Terima kasih Mak dan Apak.

Insan yang kalian namakan dengan penuh kasih dan doa restu kalian,

F.A.Kab

3 comments:

  1. Happy Birthday sis and have a great day! :)

    ReplyDelete
  2. Hi Iyda! Thank you sebab sudi jenguk blog dan tinggal komen kat sini :D

    ReplyDelete
  3. Kak Fio..Angka yg meningkat pada umur tu akan menjadi masalah bila kematanga seseorang tu tak selari dengan umur dia.. So u r mature enough for me that's y i calkl u kakak.. =]
    happy belATED BIRTHDAY SIS..HUGSS.

    ReplyDelete